cita-cita..KU

Saya masih ingat ketika di bangku sekolah...cikgu-cikgu saya suka bertanya kepada saya dan kawan-kawan.., "apa cita-cita kamu bile beso nanti?"..ade yang menjawab cikgu, doktor, polis, askar, pramugari dan sebagainya. Dalam report card ada tercatat cita-cita setiap pelajar.Cita-cita saya ...... Pilihan pertama nak jadi doktor, pilihan kedua nak jadi pramugari dan pilihan ketiga nak jadi pegawai bank. Itulah cita-cita saya ketika saya masih berhingus....=) cita-cita yang tercatat itu semuanya adalah berfungsi sebagai pemotivasi agar kita semua mencapai cita-cita yang diingini dan masa depan tu.. lebih cemerlang, gemilang dan terbilang..=)fuhh..berpeluh keringat itu pasti!!!!!!!
Namun kini saya adalah seorang bakal guru.Saya bersyukur kerana cita-cita saya ketika di bangku sekolah hingga kini hampir tercapai. InsyaAllah..ketiga-tiga pilihan kerjaya saya itu terkandung di dalam kerjaya seorang guru. Guru berperanan dalam menjaga pelajar, di mana ketika pelajar itu sakit, guru juga yang memainkan peranan dalam mengubati dan merawat pelajar seperti seorang doktor. erm...tidak dinafikan juga guru berperanan dalam memahami seperti pramugari di mana mereka melayani penumpang-penumpang kapal terbang dengan baik, sentiasa tersenyum dan menjaga penampilan agar sentiasa cantik dan kemas dan sebagainya. Jika kita lihat guru juga tidak putus asa melayani karenah pelajar dengan hati terbuka dan ikhlas. Sentiasa tersenyum walaupun dalam duka , tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran, dan sebagai pendidik....pakaian mereka sentiasa kemas dan kelihatan cantik 'sokmo'..=) Tidak ketinggalan....guru juga adalah seorang pegawai bank ataupun akauntan..di mana mereka memainkan peranan dalam menjalankan amanah dengan mengutip yuran kelas atau apa jua tugas-tugas khas seperti bendahari dan sebagainya..
ha..bukan mudah kan memegang amanah..hatta sekalipun jika dilihat di dalam kelas, apabila pelajar bertanya tentang sesuatu content pembelajaran yang mereka tidak faham, guru bertanggungjawab untuk menjelaskan dan menjawab persoalan itu sehingga pelajar itu faham da faqih......=)
nak ...Kongsi sebuah cerita....
" Adakah saudari belajar ketika di rumah?" cikgu mariam bertanya kepada Atirah, pelajar tingkatan empat Jaya. semasa memulangkan kertas jawapan peperiksaan pertengahan tahun.
" Cuba saudari melihat pelajar lain, mereka mampu mencapai sehingga tujuh puluh peratus sedangkan saudari gagal. Tijah pun sama, " sambungnya lagi.
" Sa...saya belajar, tetapi tidak faham dan susah hendak mengingati sesuatu fakta," jawab Atirah.
" Saya pun begitu," jawab Tijah pula.
"Saya adakan kelas tambahan pada minggu hadapan. Saya berharap saudari berdua dapat datang. Ajak kawan-kawan yang lain," kata Cikgu Mariam lagi.
"Bila? Di mana?", tanya Tijah pula.
" Setiap hari Khamis di pusat sumber. Kita mulakan kelas jam tiga petang," jawab cikgu Mariam.
" Nampaknya ada sepuluh orang sahaja yang datang. Mana yang lain?" tanya cikgu Mariam ketika hendak memulakan kelas tambahan mereka pada minggu berikutnya.
" Mereka ada hal. Zana dan Suraya menghadiri majlis hari jadi rakan mereka. Lokman mengikuti abangnya bekerja manakala Rosli dan Salim kata mereka malas," jelas Tijah.
" Sekiranya begitu, saya hanya mengajar pelajar yang hendak belajar sahaja. Yang lain-lain itu mungkin merasakan diri mereka sudah pandai dan tidak memerlukan bimbingan lagi," kata cikgu Mariam dengan nada yang keras.
" Adakah cikgu Mariam marahkan kami juga?" tanya Atirah secara tiba-tiba.
"Tidak. Mengapa saya perlu marah pada kalian berdua? Saya hanya kecewa dengan sikap mereka yang tidak mahu hadir. Saya berharap kalian berdua tidak bersikap demikian. Belajarlah sungguh-sungguh," nasihat cikgu Mariam.
"Baiklah," jawab mereka serentak.
Daripada cerita itu..kita dapat melihat betapa dedikasinya cikgu Mariam...mudah-mudahan setiap pekerjaan kita mendapat keredhaanNya.


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home